Hari nak layan Lanskap pulak...ni la pekan kuala rompin..dulu memang hebat pekan kecil ni..apa taknya ia menjadi nadi kepada rakyat rompin shooping.Sungai Rompin pulak banyak kenangan dia kerana menjadi pelabuhan bijih besi nun di ulu sg rompin (bukit ibam).Bijih besi dibawa dengan keretapi dari bukit ibam dan dibawa naik ke atas kapal yang menunggu di pelabuhan tg.tengku.Pehhh..memang hebat(ikut cerita org tua-tua).Rompin Co. tu lah nama company inggeris yg menjalankan aktiviti melombong harta kekayaan bumi rompin.selepas disedut segala kekayaan perut bumi rompin bagi membina empayar inggeris di tanah tumpah darah mereka.maka tinggallah rompin sepi sesepinya...maka tiada lagi nite club,cold storage,hotel-hotel yg menawarkan perkhidmatan seks..orang rompin apa dapat?.dapat nama jer...macam aku jugak dapat nama ANAK COMPANY..yang lahir pada zaman company la.
layan jer la....(pada entri lain nanti aku paparkan foto2 kesan-kesan peninggalan Rompin Co...)sapa2 yg membesar pada zaman tu (org rompin especially)memang tangkap syahdu punya..sama gak dengan aku dan brother2 aku..memang ada sentimental value punye.apatah lagi aruah ayah pernah berkhidmat dengan Rompin Co.sebagai Engine Driver Grade One..ok tunggu entri berikutnya ....layan jer la.....





































