Thursday, June 16, 2011

Salam Hormat,.

Assalamualaikum w.b.t...
Salam hormat pada semua pengunjung Blog ini..berjuta maaf kerna sekian lamanya blog ini umpama tidak terusik ..pertamanya kerana penangan laman sosial FB dan sebagainya..hehehe sebenarnya masa amatlah tidak mengizinkan untuk saya update blog ni..dari shot wedding hinggalah kerja - kerja post production semuanya saya sorang yg lakukan..tu pun nasib ada anak dara yg sorang dpt membantu shot..tp kerja2 editing masih saya yg buat...

Alhamdulillah rupanya masih pengunjung blog sy ni..ni yg membuatkan hati rasa teruja nak update semula..
Insyallah akan datang akan diupdatelah blog yg tak seberapa ni

Wasallam..

Saturday, June 26, 2010

Dato Siti Rompin Fest











Rompin Fest...? mmm..spt tahun-tahun lepas.Rompin Fest macam biasa jer..tapi tahun adalah sedikit kelainan
yang lainnya sebab majlis perasmiannya dibuat pada waktu siang.Ada pulak persembahan dari penyanyi tersohor tanahair Dato Siti Nurhaliza.itulah yang memberi sedikit kelainannya..lain-lain hampeh
..ekspo..pemeran jabatan dan agensi kerajaan pun sekadar alakadar jer takde yang gempak pun.apepun tahniah kepada Datuk Roslan,Tuan Pegawai DaerahYDP Majlis Daerah Rompin yang menerajui sedikit kelainan.Tahniah Datuk !!!.
Berbalik pada persembahan Dato CT..memang hebat lah..melopong mulut peminat kat Rompin melihat
persembahan mantap Dato..tapi yang tak sedapnya kawalan keselamatan langsung tak profesional..
taulah diorang ditugaskan menjaga keselamatan tapi faham2lah nilah saat2 peminat nak ambik gambar idola
mereka,bukanlah sampai menjejaskan pandangan VIP..tapi VIP tak kesah pun setakat Dato JJ..Dato YB..hatta
Dato Ong Teck pun dah muak tengok CT,,
perghhh.pantang jurufoto kedepan sikit jap lagi datang pak guard cuit belakang..ekk..eleee ape punye
sengket pak pacak ni..sesekali hati jadi panas jugak.apelagi mulut laser class 2 ni pun sound terus..
takde Encik-encik dah.."EH APA KEJADAH KALU NAK AMBIK GAMBAR DUDUKK JAUH KAT BELAKANG
LEBIH BAIK TAKYAH AMBIK GAMBAR...LEBIH BAIK ************(ayat sensor tu)
yang sedapnya pak guard tu diam walau pun aku pekik kat telinga dia..rupa-rupanya dia tak dengar bukan masalah pekak badak ...ha..ha..ha..ha aku sound dia depan speaker besar bagak tu mana nak dengar..
adoooyai bangang jugak aku..ciss patut lah pak guard tu senyum jer...
Tapi tulah kelainan Rompin Fest 2010
yang menambah kelainan aku rasa arrr.si Jalil punyai keistimewaan tersendiri.he.he.he
Korang pernah ke buat show dgn CT ??? tapi Jalil pernah..walaupun sekadar back-up dancer.
Ok sekian dulu en3 ini kali..gambar wedding tak dapat nak uplod sorry..




Tuesday, February 09, 2010

Hanim Dan Zul ...Love Story 2009















































Chedoq Beach lagi.......kenapa lokasi ni jugak yang dipilih?...sebenarnya tempat ni banyak angle2 yg menarik untuk dipotretkan..semua atas kreativiti masing2 menggunakan sudut2 yg canteeek di Chedoq Beach ini..Orait kita layan pulak majlis perkahwinan Hanim Harnani dengan Zul...majlis yang berlangsung pada 13 Disember sehari selepas majlis Hafiz dan Mas.

Zul ni mekanik berasal dari Trengganu...seorang yang tak banyak cakap...susah juga nak suruh beliau pose...biasa arr malu2 cat...tapi last2 baru nak panas..Turbo baru bukak kot!!!!!! atas permintaan Zul meminta kami potretkan gambar bersama kereta kesayangan beliau.sampai hampir kul 8.00 malam baru siap ..begitulah asalkan hati pelanggan puas..penat memang penat tapi kita bayar balek apa yang pelanggan bayar kepada kita..so..Win Win situation...semoga Zul dan Hanim berpuas hati..Album Kristal mereka dah pun diserahkan dua minggu lepas.macamana ? Love Story 2009........








Hafiz Dan Mastura ...Puteri Inn..ke Chedoq Beach..































Salam Sejahtera semua...setelah sekian lama tak meng'uplod' entri baru..maka hari ini barulah dapat berbuat demikian..biasalah busy..busy..beezee..semua Album-album customer untuk bulan duabelas dah pun siap dan yang terakhir pun on da way..insyallah raya cina ni dapatla di serahkan pd Dhirah n Syam..sabar yek ..Kak Long..sorry its very Long..long time..tapi hasilnya tunggu.........!!!!!!!!!!.
Nway...pada en3 kali ni adalah majlis perkahwinan Hafiz dan Mas memang sempoi majlis ni tapi meriah walaupun tiada acara wajib iaitu bersanding..Takper la Hafiz janji bahgia.
Majlis Resepsi dibuat pada sebelah tengahari di Puteri Inn..Thanks kpd Pok Dol kerna bagi kami buat Indoor shot kat dalam bilik VIP...he.he..he..asalnya kami shot depan pintu masuk tu jer tp bila Pok Dol nampak dia suruh ambik gambar kat dalam apa lagi memang kami pun teringin gak.memang cantik dalam bilki VIP ni..saja tak masukkan gambar kat sini sebab kalu nak tau pergilah bermalam kat situ memang berbaloi..makan pun sodap....(kredit skeeet)
Selepas indoor shot kami bergerak ke Pantai Chedok Pontian...tempat ni memang menarik..tahniah kpd pihak pengurusan ChedoQ Beach ..En Nazri..kerna memberi peluang kpd kami buat outdoor shooting kat situ..Kami menghabiskan hampir 2 jam kat situ dan diakhir sesi kami membasahkan tekak yg haus ni restoran nya yang cantik..Sempat juga berborak dgn Pen.Pengurus M.Mustafa a.k.a mat Par..ternyata beliau mempunyai idea yg menarik dalam menarik pungunjung ke restoran dan resort tersebut..Tahniah...apapun ternyata pengantin pun berpuas hati pada tempat ni....Layan lan gambar2 mereka ..Selamat Pengantin baru buat Hafia dan Mastura....nanti jgn lupa jemput kami buat post wedding pada 1st anniversary yek......





Sunday, November 29, 2009

Video Shot OutDoor Wadie dan Fiza























Lama sungguh nak uplod gambar2 ni..dek masa sangat tidak mengizinkan untuk berbuat demikian..anyway snapshot ni di ambil dari video perkahwinan wadie dan fiza tidak lama dulu.Penggambaran ni dilakukan di sekitar Taman Esplanade Kuantan waktu tengahari sebelum sembahyang Jumaat sebaik saja selesai upacara akad nikah .Job ni sy shot dengan Aji sebagai OP diaorng..perrgh..memang mencabar job dengan panas membara tepi sungai tak banyak membantu menyejukkan suasana..tapi salute dengan pengantin ni yang begitu tenang dan sabar melayan kerenah jurugambar/video.Video mereka pun dah siap dan telah pun diserahkan pada mereka..semoga suka akan hasilnya yerkkk. cuma klip mereka tak dapat nak di uplodlan ke YouTube kerana masalah kebengongan.....tak ingat pasword..he..he..he.. apepun layan la snapshot ni..(sory kualiti image agak kureng skit..)





Wednesday, November 11, 2009

Promosi..Promosi...

Salam Ukhwah..pada semua yang sudi singgah di Blog aku ni..especially kepada bekas pelanggan dan bakal pelanggan aku yang pernah dan akan menggunakan khidmat aku sebagai Official Photographer(OP) mereka..bagi aku mereka adalah pelanggan dan juga sebagai kawan/rodong dsbg...jadi bagi aku mereka adalah keutamaan aku sekarang...Justeru itu apa-apa promosi atau produk-produk baru yang disediakan pelanggan atau bekas pelanggan adalah diutamakan..
Jadi untuk tidak menghampakan anda semua diluar sana satu Promosi Pre-Wedding atau Post-Wedding akan kami Rompin Photographer lancarkan dengan tawaran HARGA PATUT !!!!
Dengan harga mampu milik anda bakal pengantin atau yang sudah berkahwin boleh menikmati pakej ini spt butiran dibawah.

Pakej Pre-Wedding-khas untuk bakal pengantin yg akan melangsungkan majlis mereka pada tahun ini atau tahun hadapan

Apa Yang anda dapat
satu sessi bergambar Outdoor dilokasi berhampiran (+- 1jam/sessi)
Softcopy 80-100 pcs jpeg full edited in CD/DVD
Gambar2 terpilih akan di Publish kan di web/blog/fp

Pakej Post-Wedding-khas kpd mereka yang telah berkahwin tapi berminat utk abadi hari ulang tahun perkahwinan boleh ambil pakej ini...

Anda dapat seperti diatas...

Bagi mereka yang berminat membuat Video Klip Pre-Wed/Post-Wed juga kami sediakan
Anda boleh memilih lokasi penggambaran dan lagu yang anda minati yg menjadi background musik
Apa yang anda dapat?..
..dapat penat...he..he..he..
satu pengalaman shooting yang memenatkan dan hasil video klip anda akan di present kan dalam format DVD selepas proses editing.dan yg paling bangga anda akan menyaksikan dikaca Tv muzik video yg anda sendiri lakonkan dengan lagu pilihan anda sendiri...

Harga?..
sila hubungi kami ..no.kat atas untuk temujanji dan kami akan berikan butiran dan tunjukan artwork kami pada anda...pasti Rompin photograper tidak mengecewakan...apalagi..sebaik anda baca artikel ini terus hubungi kami...
sekian lah dulu en3 kali ni..wassalam..

Wednesday, October 28, 2009

50 days of Nik Eryna Amani.....






Hari Minggu sejak kebelakangan ni bukanlah hari yang boleh berehat sangat..kalau tak ada job pun ada saja kerja2 bengong yg dibuat (kerja bersangkutan photo/video la..) paling takde pun pergi wat appointment dengan bakal client..macam hari minggu baru ni pukul 1.30 ptg gi Summerset Resort dengan Bean .. ada appointment dengan En.Aziz- Manager R&E..pasal ada satu job nak shooting familyday kat sane...balik dari sana ada satu lagi appointment kat Leban Chondong untuk wedding Mac.tahun depan tapi tak jadik pulak En Zerul ada hal takper...kalu Zerul dah tengok Blog saya yang tak seberapa ni moga2 adalah rezeki....bertolak dari sana dah 2.15 menuju Perumahan Awam Kos Rendah Sg.Puteri adalagi satu appointment dengan Cik Diana yg nak wedding tahun depan jugak 14 Feb...14 Feb???....cantik tarikh tuh.!!!.rupa2nya Diana ni dua pupu aku...bengong betul aku tak kenal sedaramara.he..he..lama jugak aku kat umah dia kering tekak dok menjual pakej...Dia dah konpius nak pilih pakej mana satu...eeeh murahnya custom album baru 1300 ..alamak macamana nih custom sticky pun harga murah..begitu lah Konpiusnya Diana bila lihat harga pakej kami...memang dik harga macam ni mana dapat kat lain ..ni khas untuk warga Rompin jer.. Alamak lupa pulak jap lagi ada job kat Kuala Pontian..hari ni ada Majlis Potong Rambut anak member Butet(nama kormesial)..aku tinggalkan Diana wat pilihan takper job ni dalam tangan...aku dengan Bean bergegas ke K.Pontian harap2 majlis baru nak start...sampai jer kat sana ..baru nak start hape..orang dah baca doa..menandakan dah lepas istiadat potong rambut..mampus..memang kena belasah punye aku..dengan muka Slumberland aku dgn Bean pasang peralatan lebeh kurang adalah sekeping dua gambar yang dapat ...Enjoylah gambar kat bawah ni...bengong betul aku...!!!



50th day ...Nik Eryna Amani...cantik nama (cam penah tengok jer kat dlm internet !!.he..he..he..)















Eryna dipangkuan bapa saudara yang penyayang.....








Ni lah antara cenderahati dari sahabat2
....nanti jadik 'kamching' ayah yek....

emm..wanginye Mak Long ..pakai Aura Life ker One Drop nih....










adoi...penyek muka ...






cumel......




alahai cucu atuk....

buah hati kami....


syurga di bawah telapak kaki Ibu......















































Potret Keluarga










Genap 50 hari Nik Eryna Amani...




antara sahabat karib yang hadir....